
wireman Perakuan kompetensi Jurudawai yang dikeluarkan oleh ST(Semenanjung & Sabah) dan EIU(Sarawak) Salam Sejahtera Jurudawai2 sekalian....... Di Malaysia terdapat 2 jenis Perakuan kompetensi sebagai Jurudawai iaitu; 1. Perakuan Kokompetenan Sebagai Pendawai yang dikeluarkan dibawah Suruhanjaya Tenaga (Akta Bekalan Elektrik 1990) - Terdapat beberapa kategori/ sekatan; a. PW1 - Pendawaian 1 Fasa b. PW2 - Pendawaian 1 Fasa & Endorsan Pengujian c. PW3 - Pendawaian 3 Fasa d. PW4 - Pendawaian 3 Fasa & Endorsan Pengujian e. PW5 - Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda f. PW6 - Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda & Endorsan Pengujian - Perakuan ni hanya digunapakai di negeri2 tanah semenanjung & Sabah. Perakuan ni tidah sah digunakan di Sarawak. 2. Certificate Of Competency As a Wireman yang dikeluarkan dibawah E.I.U (Electricity Rules 1999) - Terdapat 2 kategori/ sekatan; a.Wireman 1st Grade - Pendawaian 3 Fasa b. Wireman 2nd Grade - Pendawaian 1 Fasa...